
Tungbayee Set Lengkap Pegurusan Uri
TUNGBAYEE SET PENGURUSAN URI LENGKAP
Kelebihan:
- Mengandungi 8 barang keperluan untuk persediaan menguruskan uri bayi
- Di dalam kotak terdapat risalah mengenai langkah-langkah penggunaan dan pengurusan uri
Kenapa perlu menguruskan uri dengan sempurna?
- Hukum menanam uri adalah harus
- Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan
- Uri adalah suci dan dengan itu tidak boleh dijual mahupun dibakar
Cara mencuci dan menanam uri:
1. Anda boleh menyimpan uri didalam peti sejuk terlebih dahulu sekiranya tidak boleh basuh terus. Kalau ada kelapangan masa, digalakkan basuh terus uri tersebut dikhuatiri berbau busuk
2. Mulakan dengan Bismillah. Pakai sarung tangan latex dan apron yang telah diberikan. Bersihkan uri dengan air bersih. Buang segala darah yang masih melekat pada uri. Basuh dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.
3. Setelah bersih dibasuh, bungkus uri yang telah ditabur bersama dengan asam keping dengan kain putih dan letakkan di dalam bekas atau periuk tanah agar air tidak menitik.
4. Cangkul tanah sedalam yang mungkin agar haiwan tidak dapat menghidu bau uri setelah ditanam.
5. Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus tanah tersebut. Tidak perlu menghadap kiblat, baca mentera atau apa-apa ritual sewaktu menanam uri. Cukup sekadar bacaan Bismillah dan selawat.
Set Includes:
- 1 x Apron
- 2 x Kain Putih
- 2 x Sarung Tangan
- 2 x Getah
- Asam Jawa
- Asam Keping
- Garam Kasar